Skip to main content

Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah

Matlamat

Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman.


Objektif

  • Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah,

  • Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi dalam kalangan murid,

  • Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik,

  • Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang berfaedah; dan 

  • Melahirkan murid yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan Negara dalam hal menangani jenayah.



Jawatankuasa Induk Kelab Pencegahan Jenayah Peringkat Sekolah

  • Penasihat  -  Pengetua / Guru Besar

  • Pengerusi  -  Penolong Kanan Hal Ehwam Murid

  • Timbalan Pengerusi-  Penolong Kanan Kokurikulum 

  • Setiausaha  -  Ketua Guru Disiplin

  • Ahli Jawatankuasa 

    • Guru Penasihat KPJ

    • Guru Bimbingan dan Kaunseling

    • Pengerusi PIBG

    • Pegawai Perhubungan Sekolah

    • Ketua Panitia BM, BI, Moral / Agama

    • Ketua murid lelaki atau perempuan

    • Pengerusi Kelab Pencegahan Jenayah

    • Ketua Jawatankuasa Pemimpin Pelajar yang difikirkan sesuai



Peranan

  1. Merancang, memantau dan menilai program atau aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah;

  2. Memberikan khidmat nasihat dalam pelaksanaan aktiviti kepada pelaksanaan aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah;

  3. Mendapatkan peruntukkan untuk melaksanakan program / aktiviti;

  4. Menyediakan dan menghantar laporan tahunan Kelab Pencegahan Jenayah kepada Jawatankuasa Peringkat Daerah pada akhir bulan Oktober setiap tahun.



Aktiviti

  • Ceramah Dan Dialog

  • Kursus, Bengkel Dan Seminar

  • Lawatan Sambil Belajar

  • Pameran Dan Kempen

  • Perkhemahan

  • Pertandingan

  • Penerbitan

  • Program-program bersama masyarakat

  • Sudut Kelab Pencegahan Jenayah

  • Sukan

  • Kajian dan sebagainya

Comments

Popular posts from this blog

Pegawai Perhubungan Sekolah

  PENDAHULUAN Pegawai Perhubungan Sekolah merupakan inisiatif yang digerakan oleh Polis Diraja Malaysia untuk bersama-sama dalam usaha memberi didikan pencegahan jenayah kepada peajar dan murid sekolah. Pelaksanaan inisiatif ini digerakan di sekolah rendah dan sekolah menengah. Seorang pegawai kanan akan dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah di sekolah menengah manakala pegawai rendah polis dilantik untuk sekolah rendah. Objektif Menyemai perasaan negatif dan benci kepada pelakuan undang-undang, Memberikan kefahaman kepada murid-murid mengenai keluhuran perlembagaan  dan kedaulatan undang-undang, Menyemai sikap bertanggungjawab selaras dengan Prinsip Rukun Negara, Memberi kefahaman tentang tanggungjawab mereka sebagai seorang ahli masyarakat dalam menjaga keselamatan diri dan harta benda, dan Mencegah penglibatan murid-murid dalam kegiatan jenayah dan pelakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam dan di luar sekolah. Aktiviti Pegawai Perhu...

Kata-Kata Aluan Pegawai Turus Kepolisan Komuniti Melaka

DSP Nor Azlinda Binti Nordin Pegawai Turus Kepolisan Komuniti Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Melaka Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Salam Sejahtera, Melakaku Maju Jaya Rakyat Bahagia Menggamit Dunia Segala puji-pujian ke hadrat Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat dan keluarga baginda. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T di atas limpah kurnia dan rahmatNya, Kepolisan Komuniti Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Melaka menyediakan satu platform kepada orang ramai untuk mendapatkan pelbagai informasi dan maklumat mengenai aktiviti, dan inisiatif yang digerakkan oleh Polis Diraja Malaysia Kontinjen Melaka. Polis Diraja Malaysia as leading enforcement that can be trusted and working close with the citizens, Bahagian Kepolisan Komuniti komited untuk membentuk kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan, pihak swasta, badan bukan kerajaan dan pelbagai lapisan m...

Info Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti

Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti ditubuhkan oleh Polis Diraja Malaysia pada telah ditubuhkan secara rasmi pada 25 Julai 2014. Visi Peneraju bagi mengekalkan Malaysia selamat, aman dan sejahtera. MISI Mencegah jenayah secara holistik ke arah pengwujudan komuniti sejahtera. ALAMAT Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka Jalan Ayer Keroh Melaka, Bukit Beruang, Hang Tuah Jaya 75450 Melaka No Telefon : 06-2854222  Fax : 06-2854141 e-Mel : jpjkkmel@rmp.gov.my atau norazlinda@rmp.gov.my