Skip to main content

Posts

Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah

Matlamat Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman. Objektif Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah, Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi dalam kalangan murid, Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik, Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang berfaedah; dan  Melahirkan murid yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan Negara dalam hal menangani jenayah. Jawatankuasa Induk Kelab Pencegahan Jenayah Peringkat Sekolah Penasihat  -  Pengetua / Guru Besar Pengerusi  -  Penolong Kanan Hal Ehwam Murid Timbalan Pengerusi-  Penolong Kanan Kokurikulum  Setiausaha  -  Ketua Guru Disiplin Ahli Jawatankuasa  Guru Penasihat KPJ Guru Bimbingan dan Kaunseling Pengerusi PIBG Pegawai Perhubungan...
Recent posts

Pegawai Perhubungan Sekolah

  PENDAHULUAN Pegawai Perhubungan Sekolah merupakan inisiatif yang digerakan oleh Polis Diraja Malaysia untuk bersama-sama dalam usaha memberi didikan pencegahan jenayah kepada peajar dan murid sekolah. Pelaksanaan inisiatif ini digerakan di sekolah rendah dan sekolah menengah. Seorang pegawai kanan akan dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Sekolah di sekolah menengah manakala pegawai rendah polis dilantik untuk sekolah rendah. Objektif Menyemai perasaan negatif dan benci kepada pelakuan undang-undang, Memberikan kefahaman kepada murid-murid mengenai keluhuran perlembagaan  dan kedaulatan undang-undang, Menyemai sikap bertanggungjawab selaras dengan Prinsip Rukun Negara, Memberi kefahaman tentang tanggungjawab mereka sebagai seorang ahli masyarakat dalam menjaga keselamatan diri dan harta benda, dan Mencegah penglibatan murid-murid dalam kegiatan jenayah dan pelakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam dan di luar sekolah. Aktiviti Pegawai Perhu...

AMANITA

Pendahuluan Polis Diraja Malaysia mengiktiraf peranan wanita dalam pelbagai sektor di negara ini termasuk suri rumah dalam pembentukan modal insan. Dalam mengukuhkan kerjasama antara organisasi ini dengan golongan wanita, Polis Diraja Malaysia mewujudkan inisiatif "Peace Lady" (Amanita) yang dibentuk bagi menghubungkan polis wanita dengan wanita seperti persatuan penduduk untuk mendapatkan maklumat jenayah yang berlaku tetapi tidak dilaporkan. Amanita digerakkan oleh pegawai kanan dan pegawai rendah polis dengan melaksanakan pertemuan, perjumpaan, dialog serta aktiviti-aktiviti pencegahan jenayah dengan menyampaikan serta menjelaskan golongan wanita berkaitan aspek keselamatan, pencegahan jenayah dan peranan yang boleh dimainkan. Komunikasi dua hala antara Polis Diraja Malaysia dengan golongan wanita ini akan membentuk kerjasama dan meningkatkan keselamatan di kawasan komuniti setempat. Selain aktiviti pencegahan jenayah yang dilaksanakan, Amanita turut menjadi perantara kepa...

Info Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti

Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti ditubuhkan oleh Polis Diraja Malaysia pada telah ditubuhkan secara rasmi pada 25 Julai 2014. Visi Peneraju bagi mengekalkan Malaysia selamat, aman dan sejahtera. MISI Mencegah jenayah secara holistik ke arah pengwujudan komuniti sejahtera. ALAMAT Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka Jalan Ayer Keroh Melaka, Bukit Beruang, Hang Tuah Jaya 75450 Melaka No Telefon : 06-2854222  Fax : 06-2854141 e-Mel : jpjkkmel@rmp.gov.my atau norazlinda@rmp.gov.my

Kata-Kata Aluan Pegawai Turus Kepolisan Komuniti Melaka

DSP Nor Azlinda Binti Nordin Pegawai Turus Kepolisan Komuniti Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Melaka Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh. Salam Sejahtera, Melakaku Maju Jaya Rakyat Bahagia Menggamit Dunia Segala puji-pujian ke hadrat Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat dan keluarga baginda. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T di atas limpah kurnia dan rahmatNya, Kepolisan Komuniti Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Melaka menyediakan satu platform kepada orang ramai untuk mendapatkan pelbagai informasi dan maklumat mengenai aktiviti, dan inisiatif yang digerakkan oleh Polis Diraja Malaysia Kontinjen Melaka. Polis Diraja Malaysia as leading enforcement that can be trusted and working close with the citizens, Bahagian Kepolisan Komuniti komited untuk membentuk kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan, pihak swasta, badan bukan kerajaan dan pelbagai lapisan m...