DSP Nor Azlinda Binti Nordin
Pegawai Turus Kepolisan Komuniti
Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Melaka
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.
Salam Sejahtera, Melakaku Maju Jaya Rakyat Bahagia Menggamit Dunia
Segala puji-pujian ke hadrat Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat dan keluarga baginda.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T di atas limpah kurnia dan rahmatNya, Kepolisan Komuniti Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Melaka menyediakan satu platform kepada orang ramai untuk mendapatkan pelbagai informasi dan maklumat mengenai aktiviti, dan inisiatif yang digerakkan oleh Polis Diraja Malaysia Kontinjen Melaka.
Polis Diraja Malaysia as leading enforcement that can be trusted and working close with the citizens, Bahagian Kepolisan Komuniti komited untuk membentuk kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan, pihak swasta, badan bukan kerajaan dan pelbagai lapisan masyarakat.
Polis Diraja Malaysia menggerakkan pelbagai program serta aktiviti di bawah kepolisan masyarakat atau community policing bagi mewujudkan persefahaman dan mengukuhkan hubungan kerjasama antara PDRM dengan masyarakat. Pendekatan yang dilaksanakan oleh organisasi ini memberi peluang dan ruang kepada masyarakat setempat menyalurkan maklumat, aduan, isu terus kepada pihak PDRM. Pelaksanaan program dan aktiviti di bawah inisiatif community policing ini memudahkan pihak polis memberikan maklumbalas, khidmat nasihat dan pencerahan mengenai sesuatu isu keselamatan dan ketenteraman awam dengan cepat dan sistematik kepada masyarakat.
Diharapkan setiap lapisan komuniti tampil untuk melaksanakan kolaborasi dengan Bahagian Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Melaka.
Comments
Post a Comment