Matlamat Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman. Objektif Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah, Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi dalam kalangan murid, Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik, Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang berfaedah; dan Melahirkan murid yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan Negara dalam hal menangani jenayah. Jawatankuasa Induk Kelab Pencegahan Jenayah Peringkat Sekolah Penasihat - Pengetua / Guru Besar Pengerusi - Penolong Kanan Hal Ehwam Murid Timbalan Pengerusi- Penolong Kanan Kokurikulum Setiausaha - Ketua Guru Disiplin Ahli Jawatankuasa Guru Penasihat KPJ Guru Bimbingan dan Kaunseling Pengerusi PIBG Pegawai Perhubungan...